Jumaat, 27 Julai 2012

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak dijanjikan Allah S.WT. ganjaran pahala. tidak hairanlah jika bulan ini dinanti-nantikan oleh semua golongan umat islam terutamanya orang yang kuat agama seperti orang tabligh dan seumpamanya. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mana mampu memberi kita perubahan secara rohani dan intelektual, kerana bulan ini semua musuh-musuh kita. yakni iblis, syaitan diikat bagi mengelak dari mengganggu umat islam yang ingin beribadah lebih kepada Yang Maha Kuasa. bagi manusia yang masih lagi di takok lama dalam bulan ini, adalah lebih baik berubah walaupun segelintir hanya beribadat kepada Ramadhan bukan kepada Allah S.W.T. gambaran ini jelas terpancar apabila mereka hanya berpuasa tanpa mahu menunaikan ibadah yang paling penting iaitu Solat lima waktu.

       Bulan Ramadhan tahun ini (2012) jatuh pada hari sabtu 21 julai bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah. Tahun ini memberi kenangan manis padaku apabila dapat berpuasa di kampung halaman kawanku di muadzam walaupun hanya 2 hari di situ. bagi sesetengah orang berpuasa di kampung dengan bandar berbeza ibarat bumi dan langit, bagi aku pula dimana-mana pun tak kisah. janji kita sentiasa mengigati Nya.

       Awal Ramadhan aku berbuka beramai-ramai, memang tidak dapat digambarkan betapa seronoknya dapat menjalinkan hubungan silaturrahim. bermacam-macam kerenah dan telatah dapat dilihat dari sudut pancaindera, telatah kanak-kanak apabila berbuka puasa. bagaikan semut menggerumuni gula yang tertumpah. Telatah orang dewasa pula berbeza, sambil menikmati juadah sambil itu bersembang. Selesai menikmati juadah berbuka aku dan keluarga kawanku menunaikan ibadah solat sunat terawih di masjid (muadzam shah).  Iman di masjid itu sama seperti iman di kampung aku. Iman tahfis yang masih lagi muda tetapi bacaannya setaraf Iman-Iman berpengalaman. Dari sudut hati kecil yang berbicara, perasaan menjadi Iman amatlah membuak-buak di dalam diri ini. Bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan lavarnya.

      Masuk 3 Ramadhan aku mula ingin melakukan perubahan secara drastik terhadap diri ini. Aku ingin puasa tahun ini diterima dan diberkahi Allah S.W.T. walaupun juadah berbuka pada hari itu hanyalah 3 biji kurma dengan air kopi. Tetapi perasaan gembira memang tak dapat diungkapkan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menghidupkan Sunnah-Sunnah Baginda Nabi Muhammad  S.A.W. mudah-mudahan aku dapat bertahan dengan berbuka seperti yang dianjurkan Rasulullah S.A.W. hingga 29 Ramadhan ini......




Salam Ramadhan buat keluargaku di kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan