Jumaat, 6 Julai 2012

pengorbanan......

dalam kehidupan seharian institut kekeluargaan memainkan peranan yang pnting untuk membentuk sesebuah keluarga yang harmoni. keluarga juga adalah aset bagi membentuk anak2 yg baik akhlak dan tingkah lakunya. tapi yang hairannya kenapa pada hari ini banyak permasalahan kekeluargaan yg timbul????  aku taknak lah cerita masalah tu.... yg aku nk luahkan ialah kenapa ibu bapa yg amat mengambil berat tentang kita padahal adik beradik kita yg selalu bersama kita. bermain, gelak ketawa dan lain2... betullah orang kata bila senang ramailah sedara mara, bila susah semua xde... hanya yg setia ialah ibu dan bapa kita.... mereka sentiasa mendokong kita....  macam masalah aku sekaranglah. aku start daftar untuk sem4 3/7/2012. aku hanya bawak rm50 ringgit dari kampung, duit dari ibuku.... xsangka ibuku sahaja yg bagi... aku faham mungkin abgku xcukup duit agaknya... takpelah!!!! bila sampai di kuantan ni... duit tu aku gunakan untuk daftar semester... masalah timbul apabila duit itu xcukup. syukurlah ada sahabat aku yg meminjamkan duitnya,,,... terima kasih Ya Allah!!!! ada juga insan yg baik.... aku dah xkisah apa yg akan aku makan selepas ini. yg penting yuran pengajian dapat dilunaskan......  keesokannya dengan secara xsemena-mena perut aku bagaikan tertelan bara api..... pedih yg amat sngat. xtahulah kenapa, mungkin aku xjaga pemakanan agaknya.... duduk sini nak makan perlu gunakan duit. baik aku jimat sahaja, makan saja ape yg ada.....
     petangtu aku menelefon ibuku, rasa berat je hati nak bagitau yg wang belanja telah habis aku gunakan untuk pendaftaran,... dgn hati yg berat aku teruskan juga. kasihan aku mendengar nada suara ibuku walaupun aku tahu yg dia juga xada duit, tapi ibuku tetap ingin menghantar duit belanja padaku hujung minggu ini... yg jadi persoalannya kenapa ibu yg menghantar wang belanja padaku. sepatutnya setelah ketiadaan bapa tanggungjawab dalam keluarga jatuh ketangan anak lelaki.... tambahan pula yg sulong... dialah yg bertanggungjawab memberi nafkah bukan ibu... dalam islam juga ada menyatakan yg anak lelaki walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak2, tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga xkan terputus. lainlah dgn anak perempuan. tanggungjawab dia berkurangan jika telah mendirikan rumah tangga. kerana dosa mereka telah ditanggung oleh suami mereka. Syurga anak lelaki akan tetap berada di bawah telapak kaki ibunya walau apapun yg terjadi...  aku bukan nak mengaibkan sesiapa... cuma nk luahkan isi hati aku yg terpendang ni... kadang2 terpikir gak kasihan ibuku dah la gaji xseberapa!!!! terpaksa pulak hantar duit belanja padaku..... Mudah-mudahan aku dapat membalas jasa ibuku. walaupun aku tahu yg aku kejar ini hanyalah sijil belum sampai lagi ke tahap diploma... tetapi aku akan tetap kejar ia.... MANJADA WANJADA...  Jasa dan pengorbanan ibu xkan dapat dilupakan walaupun jasad ini telah hancur dimamah bumi......                              http://www.youtube.com/watch?v=Xtj7jSK8NCI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan