Khamis, 6 September 2012

AidilFitri 2012......

Aidilfitri merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang, termasuk juga aku..... aidilfitri tahun ini jatuh pada 19 hari bulan 8, 2012... memang tidak dapat dinafikan apabila aidilfitri menjelma, pelbagai persiapan dilakukan... tmbah-tambahan dapat dilihat apabila musim inilah yang amat ramai orang membuka jualan mega sale!!!! aidilfitri tahun ini aku start balik kampung 18 hari bulan iaitu hari ambang aidilfitri! itupun last tiket yang diperolehi..... memang sedih lah bila balik di hari ambang aidilfitri ni..... aku bertolak tepat pukul 3;30 ptg.....perjalanan dri kuantan ke kelantan mengambil masa lebih kurang lapan jam..... pukul 5 bas berhenti untuk menunaikan solat asar.... selepas 15minit berhenti baru konductor bas meneruskan perjalanannya.....
    hari semakin larut malam... nampak gayanya berbuka dalam bas lah hari ini..... waktu tu memang amat lewat aku berbuaka puasa... dekat pukul 8malam.... terpaksalah disebabkan bas yang lambat berhenti...... sampai stesen bas p.putih dalam lingkungan pukul 9.malam.... aku terdengar sayu2 suara takbir.... memang dapat dirasai dalam hati ini betapa sayunya pada waktu itu.... keseronokan tidak putus-putus apabila pelbagai kerenah dapat dilihat....
   pagi hari... 19.8.2012.. takbir bergema mendayu-dayu.... selepas solat sunat hari raya.... aku terus beraya sakan di rumah sahabat-sahabat terdekat.... memng dikatakan agak seronok.....





sahabat... farik dan zulkifli







jemput makan2.....


boleh dikatakan Aidilfitri tahun ini amat bermakna.... kerana pengalaman mendewasakan diri... bila waktu kecil aidilfitri disambut dengan cara mencari duit raya dan bila dah agak dewasa aidilfitri disambut dengan cara menghabihkan duit..... huhuhu.... SALAM AIDILFITRI SEMUA..... MAAF ZAHIR & BATIN.....

Ahad, 26 Ogos 2012

KASUT UNTUK DIJUAL!!! (NEW STYLE)

Kasut adalah komponent yang membolehkan seseorang menjaga keselamatan kakinya tidak kira dari pelbagai jenis ancaman.... oleh disebatkan itu jugalah manusia mereka pelbagai design kasut yang menepati cita rasa kita pada masa kini, oleh yang demikian saya ingin menjual satu kasut yang berjenama SUPRA untuk anda semua... kasut ini yang mempunyai body @ design yang agak menarik dan berlainan. kasut ini juga sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat, bagi mereka yang meminati kumpulan-kumpulan hindie band seperti hujan,bunkface, dan meet uncle hussein memang meminati kasut seperti ini, ini kerana design kasut seperti ini hanya dipakai oleh band-band ternama seperti yang dinyatakan....

SEBARANG TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI :
BUKHARY MAMAT : FON; 0137460439
HARGA DARI RM 66 - 70....
JIKA BERMINAT BOLEH LAH MEMBUAT TEMPAHAN DENGAN KADAR
SEGERA!!!!!



FOR SALE!!!!

Jumaat, 27 Julai 2012

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak dijanjikan Allah S.WT. ganjaran pahala. tidak hairanlah jika bulan ini dinanti-nantikan oleh semua golongan umat islam terutamanya orang yang kuat agama seperti orang tabligh dan seumpamanya. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mana mampu memberi kita perubahan secara rohani dan intelektual, kerana bulan ini semua musuh-musuh kita. yakni iblis, syaitan diikat bagi mengelak dari mengganggu umat islam yang ingin beribadah lebih kepada Yang Maha Kuasa. bagi manusia yang masih lagi di takok lama dalam bulan ini, adalah lebih baik berubah walaupun segelintir hanya beribadat kepada Ramadhan bukan kepada Allah S.W.T. gambaran ini jelas terpancar apabila mereka hanya berpuasa tanpa mahu menunaikan ibadah yang paling penting iaitu Solat lima waktu.

       Bulan Ramadhan tahun ini (2012) jatuh pada hari sabtu 21 julai bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah. Tahun ini memberi kenangan manis padaku apabila dapat berpuasa di kampung halaman kawanku di muadzam walaupun hanya 2 hari di situ. bagi sesetengah orang berpuasa di kampung dengan bandar berbeza ibarat bumi dan langit, bagi aku pula dimana-mana pun tak kisah. janji kita sentiasa mengigati Nya.

       Awal Ramadhan aku berbuka beramai-ramai, memang tidak dapat digambarkan betapa seronoknya dapat menjalinkan hubungan silaturrahim. bermacam-macam kerenah dan telatah dapat dilihat dari sudut pancaindera, telatah kanak-kanak apabila berbuka puasa. bagaikan semut menggerumuni gula yang tertumpah. Telatah orang dewasa pula berbeza, sambil menikmati juadah sambil itu bersembang. Selesai menikmati juadah berbuka aku dan keluarga kawanku menunaikan ibadah solat sunat terawih di masjid (muadzam shah).  Iman di masjid itu sama seperti iman di kampung aku. Iman tahfis yang masih lagi muda tetapi bacaannya setaraf Iman-Iman berpengalaman. Dari sudut hati kecil yang berbicara, perasaan menjadi Iman amatlah membuak-buak di dalam diri ini. Bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan lavarnya.

      Masuk 3 Ramadhan aku mula ingin melakukan perubahan secara drastik terhadap diri ini. Aku ingin puasa tahun ini diterima dan diberkahi Allah S.W.T. walaupun juadah berbuka pada hari itu hanyalah 3 biji kurma dengan air kopi. Tetapi perasaan gembira memang tak dapat diungkapkan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menghidupkan Sunnah-Sunnah Baginda Nabi Muhammad  S.A.W. mudah-mudahan aku dapat bertahan dengan berbuka seperti yang dianjurkan Rasulullah S.A.W. hingga 29 Ramadhan ini......




Salam Ramadhan buat keluargaku di kampung

RAMADHAN DI PERANTAUAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak dijanjikan Allah S.WT. ganjaran pahala. tidak hairanlah jika bulan ini dinanti-nantikan oleh semua golongan umat islam terutamanya orang yang kuat agama seperti orang tabligh dan seumpamanya. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mana mampu memberi kita perubahan secara rohani dan intelektual, kerana bulan ini semua musuh-musuh kita. yakni iblis, syaitan diikat bagi mengelak dari mengganggu umat islam yang ingin beribadah lebih kepada Yang Maha Kuasa. bagi manusia yang masih lagi di takok lama dalam bulan ini, adalah lebih baik berubah walaupun segelintir hanya beribadat kepada Ramadhan bukan kepada Allah S.W.T. gambaran ini jelas terpancar apabila mereka hanya berpuasa tanpa mahu menunaikan ibadah yang paling penting iaitu Solat lima waktu.

       Bulan Ramadhan tahun ini (2012) jatuh pada hari sabtu 21 julai bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah. Tahun ini memberi kenangan manis padaku apabila dapat berpuasa di kampung halaman kawanku di muadzam walaupun hanya 2 hari di situ. bagi sesetengah orang berpuasa di kampung dengan bandar berbeza ibarat bumi dan langit, bagi aku pula dimana-mana pun tak kisah. janji kita sentiasa mengigati Nya.

       Awal Ramadhan aku berbuka beramai-ramain, memang tidak dapat digambarkan betapa seronoknya dapat menjalinkan hubungan silaturrahim. bermacam-macam kerenah dan telatah dapat dilihat dari sudut pancaindera, telatah kanak-kanak apabila berbuka puasa. bagaikan semut menggerumuni gula yang tertumpah. Telatah orang dewasa pula berbeza, sambil menikmati juadah sambil itu bersembang. Selesai menikmati juadah berbuka aku dan keluarga kawanku menunaikan ibadah solat sunat terawih di masjid (muadzam shah).  Iman di masjid itu sama seperti iman di kampung aku. Iman tahfis yang masih lagi muda tetapi bacaannya setaraf Iman-Iman berpengalaman. Dari sudut hati kecil yang berbicara, perasaan menjadi Iman amatlah membuak-buak di dalam diri ini. Bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan lavarnya.

      Masuk 3 Ramadhan aku mula ingin melakukan perubahan secara drastik terhadap diri ini. Aku ingin puasa tahun ini diterima dan diberkahi Allah S.W.T. walaupun juadah berbuka pada hari itu hanyalah 3 biji kurma dengan air kopi. Tetapi perasaan gembira memang tak dapat diungkapkan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menghidupkan Sunnah-Sunnah Baginda Nabi Muhammad  S.A.W. mudah-mudahan aku dapat bertahan dengan berbuka seperti yang dianjurkan Rasulullah S.A.W. hingga 29 Ramadhan ini......




Salam Ramadhan buat keluargaku di kampung

Jumaat, 6 Julai 2012

pengorbanan......

dalam kehidupan seharian institut kekeluargaan memainkan peranan yang pnting untuk membentuk sesebuah keluarga yang harmoni. keluarga juga adalah aset bagi membentuk anak2 yg baik akhlak dan tingkah lakunya. tapi yang hairannya kenapa pada hari ini banyak permasalahan kekeluargaan yg timbul????  aku taknak lah cerita masalah tu.... yg aku nk luahkan ialah kenapa ibu bapa yg amat mengambil berat tentang kita padahal adik beradik kita yg selalu bersama kita. bermain, gelak ketawa dan lain2... betullah orang kata bila senang ramailah sedara mara, bila susah semua xde... hanya yg setia ialah ibu dan bapa kita.... mereka sentiasa mendokong kita....  macam masalah aku sekaranglah. aku start daftar untuk sem4 3/7/2012. aku hanya bawak rm50 ringgit dari kampung, duit dari ibuku.... xsangka ibuku sahaja yg bagi... aku faham mungkin abgku xcukup duit agaknya... takpelah!!!! bila sampai di kuantan ni... duit tu aku gunakan untuk daftar semester... masalah timbul apabila duit itu xcukup. syukurlah ada sahabat aku yg meminjamkan duitnya,,,... terima kasih Ya Allah!!!! ada juga insan yg baik.... aku dah xkisah apa yg akan aku makan selepas ini. yg penting yuran pengajian dapat dilunaskan......  keesokannya dengan secara xsemena-mena perut aku bagaikan tertelan bara api..... pedih yg amat sngat. xtahulah kenapa, mungkin aku xjaga pemakanan agaknya.... duduk sini nak makan perlu gunakan duit. baik aku jimat sahaja, makan saja ape yg ada.....
     petangtu aku menelefon ibuku, rasa berat je hati nak bagitau yg wang belanja telah habis aku gunakan untuk pendaftaran,... dgn hati yg berat aku teruskan juga. kasihan aku mendengar nada suara ibuku walaupun aku tahu yg dia juga xada duit, tapi ibuku tetap ingin menghantar duit belanja padaku hujung minggu ini... yg jadi persoalannya kenapa ibu yg menghantar wang belanja padaku. sepatutnya setelah ketiadaan bapa tanggungjawab dalam keluarga jatuh ketangan anak lelaki.... tambahan pula yg sulong... dialah yg bertanggungjawab memberi nafkah bukan ibu... dalam islam juga ada menyatakan yg anak lelaki walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak2, tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga xkan terputus. lainlah dgn anak perempuan. tanggungjawab dia berkurangan jika telah mendirikan rumah tangga. kerana dosa mereka telah ditanggung oleh suami mereka. Syurga anak lelaki akan tetap berada di bawah telapak kaki ibunya walau apapun yg terjadi...  aku bukan nak mengaibkan sesiapa... cuma nk luahkan isi hati aku yg terpendang ni... kadang2 terpikir gak kasihan ibuku dah la gaji xseberapa!!!! terpaksa pulak hantar duit belanja padaku..... Mudah-mudahan aku dapat membalas jasa ibuku. walaupun aku tahu yg aku kejar ini hanyalah sijil belum sampai lagi ke tahap diploma... tetapi aku akan tetap kejar ia.... MANJADA WANJADA...  Jasa dan pengorbanan ibu xkan dapat dilupakan walaupun jasad ini telah hancur dimamah bumi......                              http://www.youtube.com/watch?v=Xtj7jSK8NCI

Rabu, 27 Jun 2012

kenangan.......



assalamualaikum... hyep.... dah dkat sebulan aqu xmenghiraukan blog ni.... kali ni aku nak berkongsi kenangan semusim pada last sem pada bulan lepas.... seronok xterhingga la katakan.... 
sampai cuti sem ni aku xbkak langsung blog ni... huh terlupa... oh ya!!! tutttt,,... hahahha/... 

heh... belum citer dah ada gambar.... oh ya,,, ni gmbar last sem untuk sem 3 yg lepas.... transformasi apabila kita berganding bahu dalam menghasilkan projek dan assaigment2 membuatkan kite lebih matang ke arah
cara pemikiran yg lebih releven.... kenangan silam adalah satu peluang kepada kita untuk terus berusaha dan berusaha bagi mencapai apa yg kita cari selama ini....
 gambar akan sentiasa menunjukkan apa yg dikaram walaupun masa telah lama meninggalkannya.... sebagai seorang manusia yg penah mengharungi semua dugaan di dunia.... aku merasakan bahawa walau dimana pun kita... berjaya ataupun x!!! ingatlah bahawa kenangan adalah satu keindahan yg xkam dapat dibeli dgan wang ringgit.... sentiasalah pahat di hati ini aku akan sentiasa bersamamu.... walaupun masa telah meninggalkan kita.......... thing!!!!!

Sabtu, 26 Mei 2012

karnival sains & inovasi di mrsm jeli kelantan (part akhir)

assalamualaikum dan salam sjahtera smua..... lama xupdate blog..... pada blog yg kali ni aku nk sambung pasal karnival sains & inovasi part akhir.... cmner perjalanan kami pulang.....
     keesokan harinya slepas bngun dri tdur kami smua disediakan juadah sarapan pagi iaitu nasi lemak.... boleh tahan!!!!!! tpat pukul 9pgi kami diminta untuk segera bertolak ke mrsm jeli bagi persiapan untuk menjalani aktiviti hari ini......


hari ini kami ditugaskan untuk memasuki 3class untuk mendapatkan sijil... pada pkul 10:30 kami diminta untuk ke pameran sains musical, pameran ini amat mencuit hati kami... apabila pelbagai teletah yg dilakukan oleh penghiburnye..... selepas hampir sejam kami dibiarkan rehat sementara menunggu untuk ke sesi selanjutnya......
waktu kami rehat.....
slepas selesai rehat..... ahli kumpulan dari kontinjen kuantan iaitu roy dan amat ditugaskan untuk menjaga bazar bagi kontijen pahang... iaitu bazar kolej komuniti kuantan dan klej komuniti rompin......


roy dan amat
pelbagai acaran dan pameran yang dipersembahkan.... semuanya menghiburkan hati kami.... antaranya.... planetarium, iss, dan pelbagai lagi.....
    selain dari itu... ada juga acara membuat pasu menggunakan tanah liat...... jom layan skit pic yg smpat drakam.....




ape name ni?????


bak kata orang.... macam2 kami lakuakn.... smuanya mncuit hati la.... best sngat.... ptang itu sbelum kami brangkat pulang kami bergambar  bersama-sama..... gambar ini amat mnjadi knangan kpada kami semua.....


pelajar ump tuhhhh.....

slepas smuanya slesai kami pon berangkat pulang ke rumah sewa... keesokan harinya kami bertolak pulang ke kuantan.... tapi sbelum pulang pensyarah telah menghadiahkan kami melancong.... kami melancong ke rantau panjang untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang.... betul orang kata di situ memang barangan bebas cukai....




hampir sejam kami menggeledah pasar besar rantau panjang... kami pon diminta untuk berangkat.... pelbagai telatah dapat disaksikan apabila smua yg datang memborong habis satu gudang.... banyak betul diorang beli....
smpai xcukup tangan tu..... hahah...



ni la last kami smua brada di klantan....
memang agak menggembirakan kami apabila kontinjen negeri pahang iaitu wakil kami dan sekolah smart dapat menggondoli hadian pertama dalam acara pertandingan rekaan binaan bangunan... kepuasan dapat dirasai di setiap wajah pesertanya..... smk 3 lah yang paling best!!!! moga2 kenangan ini terpahat di hati warga kolej komuniti kuantan.... dan yg pling pnting warga pembuatan model ls3..... Assalamualaikum......

Ahad, 22 April 2012

karnival sains & inovasi di mrsm jeli kelantan (part 1)

pada 13 hari bulan 4 yang lalu, pihak kolej komuniti telah mengadakan lawatan sambil belajar di mrsm jeli kelantan, sempena karnival sains & inovasi pemacu transformasi. karnival ini berlangsung selama 2hari 1 malam. karnival yang membabitkan 20 wakil pelajar kolej komuniti kuantan. termasuk saya, dan beberapa wakil sekolah smart kuantan telah mengikuti karnival ini.... pihak kolej komuniti dan pihak wakil sekolah smart menjadi wakil kontinjen bagi negeri pahang...


pada bagi jumaat yang lepas... pihak kolej komuniti berkumpul di depan padang kolej komuniti bagi menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke negeri kelantan.... pada mulanya terasa malas hendak pergi, tapi atas desakan pensyarah dan rakan2 akhirnya kami bersetuju untuk ke kelantan....  hampir setengah jam barulah bas sampai...



bas inilah yang membawa kami ke kelantan
tepat jam 1 petang kami berhenti di masjid kuala terengganu bagi menunaikan solat jumaat, setelah selesai solat jumaat kami akhirnya berangkat semula...  perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam itu telah membuatkan kami kepenatan dan tertidur seketikan dalam bas.... setelah sampai kami dikejutkan oleh konduktor bas.... mulanya kami terkejut apabila kami dikehendaki bermalan di pondok jeli.... tapi apabila diberitahu oleh roy selaku ketua kami yang tempat itu agak kurang selesa, pensyarah kami en. imie telah bersependapat untuk menggantikan pondok yang kurang selesa kepada rumah yang Alhamdulillah agak selesa....



pondok yang diperkatakan....
selepas selesai solat maghrib kami semua berpindah rumah... kami diberi rumah sewa yang agak selesa.... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,.....keesokan harinya tepat jam 5:30 pagi lagi kami bangun dan bersiap untuk memulakan aktiviti di mrsm jeli kelantan.... terasa sangat gementar.... bagi menghilagkan gementar dan sebagai kenangan kami bergambar bersama-sama... menggunakan kamera alif



kami mula bergerak ke arah bas yang sedang menanti kami di luar jalan.... setelah semuanya cukup kamipun bertolak ke mrsm jeli bagi merealestarikan karnival sains dan inovasi ini.... 15minit saja masa yang diperuntukkan.... sampai saja di sana... kami disambut dengan pameran pelbagai jenis kereta buatan malaysia iaitu proton...






kami bergambar di buff proton.... banyak betul kereta2 yang belum dikeluarkan lagi.... antara yang mencuri perhatian kami iaitu kereta berbentuk seperti lamboghini, selain itu kereta baby rhino....
firdaus dan firdaus....
kami dipanggil lagi oleh konduktor kami untuk bergambar sebagai kenangan kepada kami semua..... peace!!!!!



kenangan di mrsm jeli
takkan nak bergambar je kot!!!!! tepat jam 10:30 pagi kami pun memulakan acara kami di situ dengan bersama-sama merasmikan karnival ini di dewan bitara... antara yang ada di situ ialah pendikir barat tersohor kelantan iaitu jali bunga tanjung... perasmian karnival ini dirasmikan oleh Y.B. MUSTAFA MOHAMAD.... selepas selesai majlis perasmian kami terus ke dewan 2 untuk mendengar kursus selanjutnya....





setelah selesai ceramah wood industry kami diberi rehat sejam... kami dibiarkan beriadah dan bersama-sama menyertai acara yang dijayakan..... antara acara yang dipertandingkan roket air, mewarna, membuat pasu, rekaan bangunan dan banyak lagi.....





semua tempat kami bergambar atas bawah kiri dan kanan...... pukul 3petang kami diminta sekali lagi ke dewan bitara mrsm untuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh angkasawan negara iaitu MEJAR DR. FAEZ KHALEED.....


hari pertama ni acara kami tamat selepas kami menyaksikan music show sains... selepas tamat acara itu kami akhirnya berangkat balik ke rumah sewa..... tepat pukul lima semua aktiviti selesai untuk hari ini......  nantikan sambungannya di bahangian kedua blog saye.... untuk aktiviti pada hari kedua. dan keberangkatan pulang kami ke kuantan.....