Khamis, 6 September 2012

AidilFitri 2012......

Aidilfitri merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang, termasuk juga aku..... aidilfitri tahun ini jatuh pada 19 hari bulan 8, 2012... memang tidak dapat dinafikan apabila aidilfitri menjelma, pelbagai persiapan dilakukan... tmbah-tambahan dapat dilihat apabila musim inilah yang amat ramai orang membuka jualan mega sale!!!! aidilfitri tahun ini aku start balik kampung 18 hari bulan iaitu hari ambang aidilfitri! itupun last tiket yang diperolehi..... memang sedih lah bila balik di hari ambang aidilfitri ni..... aku bertolak tepat pukul 3;30 ptg.....perjalanan dri kuantan ke kelantan mengambil masa lebih kurang lapan jam..... pukul 5 bas berhenti untuk menunaikan solat asar.... selepas 15minit berhenti baru konductor bas meneruskan perjalanannya.....
    hari semakin larut malam... nampak gayanya berbuka dalam bas lah hari ini..... waktu tu memang amat lewat aku berbuaka puasa... dekat pukul 8malam.... terpaksalah disebabkan bas yang lambat berhenti...... sampai stesen bas p.putih dalam lingkungan pukul 9.malam.... aku terdengar sayu2 suara takbir.... memang dapat dirasai dalam hati ini betapa sayunya pada waktu itu.... keseronokan tidak putus-putus apabila pelbagai kerenah dapat dilihat....
   pagi hari... 19.8.2012.. takbir bergema mendayu-dayu.... selepas solat sunat hari raya.... aku terus beraya sakan di rumah sahabat-sahabat terdekat.... memng dikatakan agak seronok.....





sahabat... farik dan zulkifli







jemput makan2.....


boleh dikatakan Aidilfitri tahun ini amat bermakna.... kerana pengalaman mendewasakan diri... bila waktu kecil aidilfitri disambut dengan cara mencari duit raya dan bila dah agak dewasa aidilfitri disambut dengan cara menghabihkan duit..... huhuhu.... SALAM AIDILFITRI SEMUA..... MAAF ZAHIR & BATIN.....